comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari keempat berturut-turut

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan belian susulan daripada minggu lepas dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi hari ini bagi hari keempat berturut-turut diterajui saham pembinaan dan tenaga.

Pada 5 petang, Indeks FBM KLCI meningkat 0.54 peratus atau 8.09 mata kepada 1,495.70 daripada paras penutup 1,487.61 pada Jumaat minggu lepas.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 0.99 mata kepada 1,488.60, paras terendah intra harinya, dan bergerak dalam trajektori meningkat ke paras tertinggi intra harinya pada 1,498.52 selepas sesi tengah hari dan kemudiannya berundur ke paras penutup pada hari ini.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 494 berbanding 448, manakala 583 kaunter tidak berubah, 695 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 6.96 bilion unit bernilai RM4.21 bilion daripada 6.62 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Loading...
Terkini