comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup tinggi, indeks komposit meningkat 0.33 peratus

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, dengan indeks utama meningkat 0.33 peratus, dalam keadaan pasaran serantau yang mengalami prestasi bercampur-campur, kata peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi petunjuk pasaran meningkat 4.84 mata untuk berakhir pada 1,446.19 daripada 1,441.35 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 2.27 mata lebih kukuh kepada 1,443.62 sebelum bergerak di antara 1,439.69 dengan 1,447.15 sepanjang dagangan hari ini.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 425 berbanding 404, manakala 401 kaunter tidak berubah, 1,085 kaunter tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.07 bilion unit bernilai RM1.72 bilion daripada 3.04 bilion unit bernilai  RM1.57 bilion pada Selasa. -BERNAMA

Loading...
Terkini