
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat dan ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan pemulihan merentas pasaran serantau dan Wall Street semalaman berikutan kebimbangan terhadap krisis perbankan global yang mereda, menurut seorang penganalisis.
Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 20.13 mata atau 1.45 peratus kepada 1,411.73 daripada 1,391.60 sewaktu ditutup pada Khamis.
Saham pandu pasaran dibuka meningkat 5.68 mata kepada 1,397.28 dan bergerak antara 1,397.23 dan 1,416.92 sepanjang sesi.
Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 711 berbanding 244 manakala 349 kaunter tidak berubah, 961 tidak diniagakan dan 27 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 4.43 bilion unit bernilai RM4.09 bilion. – BERNAMA