comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi sedikit dalam dagangan kecil apabila apabila para pelabur tidak mengambil pegangan besar-besaran menjelang cuti panjang hujung minggu sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Pada 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.64 mata untuk ditutup kepada 1,512.98 daripada paras penutup 1,511.34 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 1.03 mata kepada 1,510.31 dan bergerak antara paras 1,508.99 dan 1,513.98 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 513 berbanding 452 manakala 431 kaunter tidak berubah, 853 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.09 bilion unit bernilai RM2.17 bilion daripada 3.22 bilion unit bernilai RM2.12 bilion.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini