comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit, didorong belian kaunter saham utiliti & teknologi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal untuk ditutup lebih tinggi sedikit hari ini, didorong oleh pembelian saat akhir dalam kaunter utiliti dan teknologi, sejajar dengan prestasi positif di kebanyakan bursa serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.50 mata untuk ditutup pada 1,402.98 berbanding dengan 1,402.48 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks barometer dibuka pada paras 1,402.93 pagi ini, 0.45 mata lebih kukuh dan berlegar antara 1,397.98 dan 1,405.45 sepanjang hari.

Walau bagaimanapun, pasaran secara keseluruhan kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung, 433 berbanding 403, manakala 398 kaunter tidak berubah, 1,042 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.44 bilion unit bernilai RM2.28 bilion daripada 2.36 bilion unit bernilai RM1.63 bilion pada Khamis.

Inari Amertron dan Tenaga Nasional adalah dua penyumbang utama kepada keuntungan dalam indeks penanda aras, meningkat 21.0 sen dan 11.0 sen masing-masing kepada RM2.47 dan RM9.69, dengan gabungan 2.33 mata.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup mendatar selepas sesi yang tidak menentu, tetapi indeks penanda aras berakhir di wilayah positif dengan pembelian saham wajaran tinggi terpilih.

“Indeks serantau utama kebanyakannya lebih tinggi kerana pelabur menjangkakan kemungkinan Kongres Amerika Syarikat mencapai persetujuan berhubung hutang kerajaan AS,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini