
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri penurunan berturut-turut tiga harinya dengan ditutup 0.23 peratus lebih tinggi didorong belian pada harga murah terutamanya dalam penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan dan kaunter hartanah, seiring dengan aliran menaik di kebanyakan bursa serantau.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.36 mata kepada 1,445.21 daripada 1,441.85 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks utama itu dibuka tinggi 0.64 mata pada 1,442.49 dan bergerak antara 1,442.23 dan 1,447.13 sepanjang hari.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 456 kepada 333, manakala 470 kaunter tidak berubah, 1,017 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 2.68 bilion unit bernilai RM1.42 bilion.