comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham yang ketika ini berharga rendah berbanding biasa selepas pengambilan untung semalam, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.20 mata atau 0.39 peratus kepada 1,614.73 daripada paras penutup 1,608.53 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 3.29 mata kepada 1,611.82, turun naik antara paras 1,609.34 dan 1,617.05 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 770 berbanding 475, dengan 442 kaunter tidak berubah, 681 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.35 bilion unit bernilai RM4.50 bilion daripada 4.28 bilion unit bernilai RM3.40 bilion.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini