comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini dengan indeks utama meningkat sebanyak  0.18 peratus susulan minat belian terhadap kaunter perladangan saham wajaran tinggi.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 2.71 mata kepada 1,491.51 daripada paras penutup 1,488.80 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik dua mata kepada 1,490.80 dan bergerak antara paras 1,487.34 dan 1,497.24 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 711 berbanding 344, manakala 379 kaunter tidak berubah, 799 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 3.94 bilion unit bernilai RM3.07 bilion daripada 4.71 bilion unit bernilai RM4.41 bilion pada Rabu.

Loading...
Terkini