comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sokongan belian daripada dana asing

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks utama meningkat 0.34 peratus, mendapat rangsangan daripada belian baharu oleh dana asing serta sokongan belian lewat daripada dana tempatan.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 5.17 mata kepada 1,533.55 daripada paras penutup 1,528.38 pada Khamis.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 2.30 mata kepada 1,530.68 pada pagi ini dan bergerak antara paras 1,529.30 dan 1,534.53 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 553 berbanding 449 manakala 500 kaunter tidak berubah, 798 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 3.63 bilion unit bernilai RM2.36 bilion daripada 3.68 bilion unit bernilai RM2.28 bilion.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran utama serantau juga mencatatkan prestasi tinggi apabila hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menyusut dan dolar AS lemah berbanding yen Jepun serta mata wang utama serantau lain.

Manakala penurunan jualan runcit AS bagi Januari yang lebih tinggi daripada jangkaan mengubah sedikit jangkaan terhadap penurunan kadar faedah, katanya.

“Indeks petunjuk pasaran tempatan melonjak dan berjaya melepasi paras rintangan pada 1,527 pada Selasa dan walaupun ia susut pada Khamis, kami melihatnya sebagai pembetulan kerana penstabilan yang kukuh perlu bagi mengekalkan aliran meningkat.

“Walaupun kami menjangkakan aliran meningkat terhenti seketika selepas kenaikan kukuh pada Selasa, indeks itu mengekalkan kedudukannya di atas paras Exponential Moving Averages (EMA). Ditambah dengan trajektori meningkat EMG 20-hari, ini membayangkan FBM KLCI masih berada dalam tahap penstabilan dengan kecenderungan positif,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM9.43, Public Bank meningkat dua sen kepada RM4.41, CIMB menokok lima sen kepada RM6.41, TNB menambah lapan sen kepada RM11.18 dan Petronas Chemicals naik empat sen kepada RM6.88.

Dalam kalangan kaunter cergas, TWL dan Hong Seng tidak berubah masing-masing pada 3.5 sen dan dua sen, Minetech naik dua sen kepada 19 sen, manakala Fitters meningkat setengah sen kepada lima sen dan warannya tidak berubah pada setengah sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 38.6 mata kepada 11,405.26, Indeks FBMT 100 menokok 35.38 mata kepada 11,053.60, Indeks FBM 70 menambah 41.58 mata kepada 15,400.81, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 52.73 mata kepada 11,458.49 dan Indeks FBM ACE melonjak 8.74 mata kepada 4,905.29.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.07 mata kepada 176.11, Indeks Hartanah menokok 7.48 mata kepada 928.88, Indeks Perladangan menambah 38.15 mata kepada 7,254.23 dan Indeks Tenaga melonjak 5.74 mata kepada 895.08.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 74.70 mata kepada 17,216.55.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 2.42 bilion unit bernilai RM2.13 bilion daripada 2.33 bilion unit bernilai RM1.99 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 816.92 juta unit bernilai RM115.87 juta daripada 669.04 juta unit bernilai RM105.40 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 398.27 juta saham bernilai RM116.78 juta daripada 653.41 juta unit bernilai RM174.73 juta unit sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 258.0 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (716.97 juta); pembinaan (143.1 juta); teknologi (371.28 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (77.30 juta); hartanah (404.36 juta); perladangan (67.41 juta); REITs (25.81 juta), dana tertutup (35,900); tenaga (124.25 juta); penjagaan kesihatan (62.41 juta); telekomunikasi dan media (56.35 juta); pengangkutan dan logistik (27.94 juta); dan utiliti (83.21 juta).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini