comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia Kekal Dalam Zon Positif Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

FOTO: Bursa

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi didorong oleh kegiatan pembelian berterusan yang membabitkan saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter perbankan.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.70 mata kepada 1,407.32 berbanding paras penutupan urus niaga Isnin pada 1,397.62.

Indeks penanda aras dibuka 6.14 mata lebih kukuh pada 1,403.76.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 454 berbalas 244, manakala 332 kaunter tidak berubah, 1,323 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 940.55 bilion unit bernilai RM601.72 juta.

BERNAMA

Loading...
Terkini