comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia kekal lemah pada sesi dagangan tengah hari

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kekal rendah pada sesi dagangan tengah hari berikutan risiko lemah di tengah-tengah senario parlimen tergantung yang terus menjejaskan permintaan.

Pada waktu rehat, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.02 mata atau 0.48 peratus kepada 1,442.3 berbanding 1,449.32 pada penutup Khamis.

Pagi ini, pasaran dibuka 14.77 mata lebih rendah kepada 1,434.55.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 591 berbalas 247, manakala 295 kaunter tidak berubah, 1,199 tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 2.96 bilion unit bernilai RM1.54 bilion. – BERNAMA

Loading...
Terkini