comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, didorong angka positif KDNK

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Jumaat, manakala indeks utama meningkat 1.04 peratus disokong oleh angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2022 Malaysia yang positif.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 15.09 mata kepada 1,464.83 daripada penutupan Khamis pada 1,449.74.

Indeks utama pasaran itu dibuka 17.45 mata lebih baik kepada 1,467.19 sebelum bergerak di antara 1,459.54 dengan 1,467.83 sepanjang sesi dagangan ini.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 571 berbanding 234, manakala 366 kaunter tidak berubah, 1,171 kaunter tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.98 bilion unit bernilai RM1.11 bilion. – BERNAMA

Loading...
Terkini