comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia kemuka pertanyaan UMA kepada Widad Group

Widad Group Bhd.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Widad Group Bhd berikutan penurunan ketara harga saham syarikat itu pada Khamis.

Pada rehat tengah hari, saham Widad merosot 52.04 peratus atau 25.5 sen kepada 23.5 sen daripada 49 sen ketika ditutup pada Rabu, dengan 124.99 juta saham bertukar tangan.

“Pelabur dinasihatkan untuk mengambil maklum terhadap jawapan syarikat kepada pertanyaan UMA, yang akan dipaparkan di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat,” menurut Bursa Malaysia dalam kenyataan pada Khamis.

Berdasarkan laman web rasmi, Widad Group ialah syarikat pegangan pelaburan yang menjalankan terutama kegiatan pembinaan dan perkhidmatan pengurusan kemudahan bersepadu.

Loading...
Terkini