comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia lancar program IR4U, tingkat keupayaan perhubungan pelabur

Datuk Muhamad Umar berucap pada majlis pelancaran program IR4U hari ini. – FOTO: NSTP

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mensasar untuk meningkatkan keupayaan perhubungan pelabur (IR) untuk syarikat tersenarai awam (PLC) melalui pelancaran program IR4U.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata program IR4U yang menyeluruh itu mampu melonjakkan keterlihatan dan kebolehlaburan PLC.

“Program IR4U Bursa menyediakan alat dan sumber yang diperlukan syarikat tersenarai awam untuk menyampaikan saranan nilai mereka dengan lebih jelas kepada pelabur, menekankan kebolehlaburan syarikat dan memupuk hubungan kukuh dengan komuniti pelabur,” katanya pada majlis pelancaran program IR4U hari ini.

Tambah beliau, pelabur boleh mengakses program tersebut menerusi Portal IR4U secara dalam talian yang komprehensif dan berfungsi sebagai hab berpusat, merangkumi webinar, artikel dan buku panduan yang meliputi trend terkini dalam ruang IR.

Bursa Malaysia juga menerbitkan dua buku panduan bertajuk Asas IR dan Aplikasi IR.

Asas IR menggariskan peranan dan tanggungjawab pegawai IR serta cara merancang dan melaksanakan program IR yang memenuhi keperluan syarikat pada pelbagai peringkat pertumbuhan.

Manakala Aplikasi IR membantu pengamal IR dalam menterjemahkan pengetahuan mereka kepada aplikasi praktikal di pasaran.

Loading...
Terkini