comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia Lepasi Paras 1,450 Meskipun Petunjuk Wall St Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR : Indeks barometer Bursa Malaysia terus bergerak melepasi paras 1,450 apabila kebimbangan mengenai hala tuju kadar faedah yang lebih tinggi berkurangan di peringkat serantau walaupun Wall Street mempamerkan petunjuk yang bercampur-campur.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.13 mata untuk mencecah paras 1,457.11 berbanding dengan penutup Rabu pada 1,454.98.

Indeks utama itu dibuka 2.98 mata lebih tinggi pada 1,457.96.

Pergerakan harga di pasaran secara menyeluruh juga positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 176 berbalas 73, manakala 207 kaunter tidak berubah, 1,905 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 126 juta unit bernilai RM52.08 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini