comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia Meningkat Selepas Wall St Ditutup Tinggi Semalaman

FOTO: Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan urus niaga pada minggu ini lebih tinggi apabila Wall Street mempamerkan kenaikan semalaman yang ketara, dirangsang oleh harapan agar kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat diperlahankan selepas negara itu mencatatkan data indeks pengurus pembelian (PMI) yang lembap.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 2.21 mata untuk mencapai paras 1,448.63 selepas 13 minit diniagakan, berbanding 1,446.42 pada penutupan Jumaat minggu lepas.

Indeks utama itu dibuka tinggi 2.72 mata pada 1,449.14.

Di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi 253 berbalas 134 manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,716 tidak diniagakan dan 12 lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 280.61 juta unit bernilai RM119.85 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini