comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia menjunam 17.78 mata pada awal dagangan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pelabur pasaran saham tempatan menjual saham pada dagangan awal ketika Malaysia menghadapi situasi Parlimen tergantung selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU 15).

Pada 9.13 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 17.78 mata, atau 1.23 peratus, kepada 1,431.54 daripada 1,449.32 penutup Khamis.

Aliran menurun dijangka menyaksikan kaunter rugi mendahului untung di pasaran yang lebih luas, manakala 163 kaunter tidak berubah, 1,625 tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 521.08 juta unit bernilai RM277.3 juta.-BERNAMA

Loading...
Terkini