comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia pamer dagangan mendatar pada sesi tengah hari

 

FOTO: Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR:Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini ini dengan pergerakan mendatar di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) hampir tidak berubah, meningkat sedikit sebanyak 0.08 mata kepada 1,446.0 berbanding penutupan Selasa pada 1,445.92.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pagi ini dengan menambah 5.06 mata untuk mencatatkan paras 1,450.98 dan berlegar antara 1,442.89 dan 1,451.92 sepanjang sesi.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 378 berbalas 320, manakala 404 kaunter tidak berubah, 1,216 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.31 bilion unit bernilai RM802.61 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd,  dijangkakan peningkatan terhad untuk ekuiti tempatan dan ia mengunjurkan indeks berlegar dalam julat 1,440-1,455 hari ini dengan minat belian tertumpu pada saham-saham perladangan.

Sementara itu, dilaporkan indeks utama Wall Street merosot pada hari Selasa kerana pelabur berhati-hati sambil menantikan keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar faedah.

Rizab Persekutuan akan membuat pengumuman mengenai kadar petang ini apabila mengakhiri mesyuarat dasar selama dua hari.

Walaupun pasaran secara meluas menjangkakan satu lagi kenaikan kadar 75 mata asas daripada bank pusat AS, pelabur juga akan mencari petunjuk lain untuk mendapatkan hala tuju dasar masa depan.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank, Petronas Chemicals dan CIMB semuanya tidak berubah, masing-masing pada RM8.54, RM8.63 dan RM5.48.

Public Bank pula naik 1.0 sen kepada RM4.42 manakala Tenaga Nasional turun 7.0 sen menjadi RM8.33.

Bagi saham aktif, kedua-dua Saudee dan Shin Yang menambah 1.5 sen setiap satu, masing-masing merekodkan 4.5 sen dan 90.5 sen, manakala Opcom meningkat 5.5 sen kepada 95.5 sen, Hibiscus naik setengah sen pada RM1 dan KNM tidak berubah pada 4.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meraih 7.98 mata menjadi 10,275.11, FBM 70 peroleh 27.52 mata kepada 12,236.10, dan Indeks FBMT 100 meningkat 5.67 mata kepada 10,007.79.

Indeks FBM Emas Syariah pula menambah 14.72 mata kepada 10,350.42, dan FBM ACE meningkat 28.40 mata kepada 4,906.42.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga adalah 14.33 mata lebih tinggi pada 709.83, Indeks Perladangan mengembang 28.33 mata kepada 6,821.26, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.50 mata kepada 175.17.

Indeks Perkhidmatan Kewangan pula susut 25.24 mata kepada 16,287.06.- BERNAMA

Loading...
Terkini