comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia perkenal Peringatan Dagangan, beri makluman aktiviti luar biasa

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memperkenalkan Peringatan Dagangan berkuat kuasa serta-merta, kaedah baharu yang memaklumkan mengenai syarikat tersenarai yang menunjukkkan aktiviti dagangan luar biasa.

Bursa Malaysia menjelaskan Peringatan Dagangan yang dikeluarkan itu adalah tambahan kepada pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) oleh bursa sekali gus membawa kepada pendedahan awam daripada syarikat senaraian awam (PLC) yang mengalami pergerakan harga atau jumlah dagangan ketara yang tidak dapat dijelaskan.

“Bursa Malaysia telah meneliti situasi harga saham dan jumlah dagangan kekal tidak menentu secara ketara walaupun PLC telah memberi maklum balas bahawa tiada perkembangan baharu menerusi jawapan UMA mereka.

“Justeru, Peringatan Dagangan bertujuan memberi peringatan kepada pelabur supaya berhati-hati dengan saham yang memaparkan pergerakan harga dan/atau jumlah dagangan luar biasa yang berterusan selepas maklum balas UMA syarikat tersenarai itu,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Bursa Malaysia menambah bahawa inisiatif itu melengkapkan pendekatan pelbagai serampang sedia ada terhadap peraturan pasaran.

Pihaknya juga mengekalkan pilihan untuk mengeluarkan Amaran Pasaran dan Penentuan, yang memberi amaran kepada pelabur mengenai saham yang terdedah kepada spekulasi atau manipulasi berlebihan.

Bursa mengulangi bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap broker yang tidak patuh yang mengganggu aturan pasaran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini