comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana diterajui oleh kaunter utiliti serta produk perindustrian dan perkhidmatan.

Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.49 mata kepada 1,592.20 daripada 1,592.69 pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.72 mata kepada 1,593.41.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 207 berbanding 188, dengan 304 kaunter tidak berubah, 1,738 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 336.37 juta unit bernilai RM145.05 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI mengalami pembetulan dan terus merosot di bawah paras 1,600 mata berikutan jualan berterusan daripada dana asing.

“Kami percaya akan terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah dalam masa terdekat berikutan peningkatan semula melebihi paras 1,600 adalah perlu untuk mengekalkan aliran meningkat (baru-baru ini).
“Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,595-1,605 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Di Bursa Malaysia, saham wajaran tinggi YTL Power International merosot 4.0 sen kepada RM5.01, Petronas Gas berkurangan 20 sen kepada RM17.79 dan Press Metal Aluminium susut 1.0 sen kepada RM5.79. Petronas Chemicals merosot 3.0 sen kepada RM6.49 dan Nestle berkurangan 90 sen kepada RM123.10.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini