comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan kekurangan minat belian dan sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.07 mata kepada 1,469.49 daripada 1,471.56 pada Isnin.

Saham pandu pasaran dibuka rendah 2.57 mata kepada 1,468.99 dan bergerak antara 1,467.13 dan 1,472.52 sepanjang sesi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi dan kaunter untung hampir sama pada 415 berbanding 413 manakala 411 kaunter tidak berubah, 1,002 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.22 bilion unit bernilai RM1.26 bilion. – BERNAMA

Loading...
Terkini