comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini selepas diniagakan dalam sentimen berhati-hati hari ini, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.14 mata kepada 1,496.19 daripada 1,500.33 pada Jumaat lepas.

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 0.97 mata kepada 1,501.30 dan bergerak antara 1,494.73 dan 1,501.86 sepanjang sesi.

Bagaimanapun, suasana pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 433 berbanding 290 manakala 366 kaunter tidak berubah, 1,107 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.47 bilion unit bernilai RM823.66 juta.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan dibuka tinggi selepas cuti hujung minggu yang panjang bersempena Tahun Baharu Cina, diniagakan secara berhati-hati sebelum merosot ke julat negatif pada sesi pertengahan pagi berikutan aktiviti pengambilan untung.

Bursa Malaysia bertentangan dengan aliran meningkat bursa serantau berikutan ekuiti Asia terus mencatatkan peningkatan walaupun prestasi pasaran Amerika Syarikat kurang menggalakkan pada Selasa, berikutan musim pelaporan pendapatan yang terus menunjukkan tidak menentu dengan kebimbangan mengenai kemelesetan, katanya.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 11.55 mata kepada 16,523.58 dan Indeks Perladangan jatuh 43.11 mata kepada 6,838.31 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.06 mata kepada 189.42 dan Indeks Tenaga menambah 10.46 mata kepada 856.27. – BERNAMA

Loading...
Terkini