comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ekoran tekanan jualan berterusan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Rabu ekoran tekanan jualan berterusan dalam keseluruhan pasaran.

Semasa rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 0.70 mata kepada 1,473.29 daripada 1,473.99 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 1.14 mata lebih rendah kepada 1,472.85 sebelum bergerak di antara 1,470.59 dengan 1,476.14 sepanjang sesi itu.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 421 berbanding 350, manakala 365 kaunter tidak berubah, 1,078 kaunter tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.81 bilion unit bernilai RM803.17 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini