comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari susulan turun naik dagangan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia rendah semasa tengah hari pada Isnin berikutan turun naik dagangan yang mempengaruhi indeks penanda aras sehingga mengakibatkannya susut 0.18 peratus dalam keadaan sentimen pelabur yang berhati-hati.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.60 mata kepada 1,435.68 daripada 1,438.28 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks penunjuk pasaran itu dibuka 2.90 mata lebih baik kepada 1,441.18 sebelum bergerak di antara 1,435.39 dengan 1,442.66 sepanjang sesi pagi.

Bagaimanapun, bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 389 berbanding 368, manakala 352 kaunter tidak berubah, 1,216 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.62 bilion unit bernilai RM762.32 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini