comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia susut dalam dagangan awal

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia susut dalam dagangan awal Selasa, susulan aktiviti pengambilan untung berikutan peningkatan semalam selain sentimen bercampur-campur dalam pasaran serantau, kata seorang peniaga.

Pada 9.16 pagi ini, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.62 mata kepada 1,543.09 daripada 1,544.71 di akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu sebelumnya dibuka menokok 0.24 mata kepada 1,544.95.

Di pasaran meluas, kauter rugi mengatasi untung iaitu 208 berbanding 201 manakala 328 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,533 tidak diniagakan dan 12 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 424.31 juta unit bernilai RM155.39 juta.

Sementara itu, Malacca Securities berkata berdasarkan prestasi semalaman Wall Street yang lebih neutral, berkemungkinan menyaksikan minat belian di pasaran tempatan di tahap sederhana pada hari ini.

“Kami percaya pengumuman data Indeks Harga Pengguna dan Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat (pada lewat minggu ini) berkemungkinan mempengaruhi prospek kadar faedah di negara itu.

“Selain itu, kami juga menjangkakan sokongan belian di pasaran meluas akan berterusan walaupun pada tahap lebih sederhana.

“Perkembangan lain adalah niaga hadapan bijih besi yang merosot ketara sejak 2022 berikutan lambakan inventori di China yang mungkin menjurus kepada potensi sokongan belian dalam saham berkaitan besi dan logam,” katanya dalam nota penyelidikan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini