comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal

Foto hiasan

​​​​​​​KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia terus mencatatkan aliran meningkat pada dagangan awal hari ini, meneruskan paras tertinggi dalam tempoh dua tahun berikutan minat belian yang berterusan dan prestasi Wall Street semalaman yang positif, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.28 mata kepada 1,606.96.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 220 berbanding 158 manakala 327 kaunter kekal tidak berubah dengan 1,624 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 192.48 juta unit bernilai RM93.48 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street sukar mengekalkan aliran meningkatnya yang berterusan berikutan peniaga masih menunggu lebih banyak petunjuk mengenai potensi pelarasan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

Dalam negara, katanya FBM KLCI akhirnya melepasi paras halangan 1,600 mata, disokong oleh belian saham mewah yang berterusan oleh dana asing.

“Walaupun kami lebih suka kenaikan itu berterusan, pembetulan mungkin berlaku, membolehkan pasaran menerima prestasi kukuh baru-baru ini, yang dianggap baik,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini