comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia Terus Meningkat, Indeks Utama Cecah Paras Tertinggi Harian

FOTO: Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Aktiviti belian berterusan bagi saham-saham wajaran tinggi terutamanya sektor penjagaan kesihatan, perladangan dan telekomunikasi, berjaya memacu Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Rabu dalam zon positif selepas susut semalam.

Malah, seorang penganalisis menyifatkan peningkatan dagangan hari ini sebagai aliran menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.57 mata dan mencecah paras dagangan tertinggi pada 1,454.98 berbanding 1,444.41, semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 3.16 mata kepada 1,447.57.

Pasaran secara keseluruhannya juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 519 berbanding 354 manakala 376 kaunter lain tidak berubah, 1,115 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.61 bilion unit bernilai RM1.80 bilion berbanding 2.26 bilion unit bernilai RM1.76 bilion, semalam. – BERNAMA

Loading...
Terkini