comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia terus merosot berikutan berhati-hati menjelang PRU-15

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia terus merosot hari ini berikutan prestasi pasaran serantau yang lemah dan apabila pelabur berhati-hati menjual saham menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.16 mata atau 0.15 peratus untuk ditutup kepada 1,448.38, yang juga paras tertinggi harian berbanding 1,450.54 pada Selasa.

Saham pandu pasaran dibuka rendah 3.04 mata kepada 1,447.50 dan mencecah paras terendah harian pada 1,440.59 pada sesi tengah hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 493 berbanding 351 manakala 401 kaunter tidak berubah, 1,080 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.32 bilion unit bernilai RM1.71 bilion daripada 2.78 bilion unit bernilai RM1.68 bilion pada Selasa. -BERNAMA

Loading...
Terkini