comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia tinggi pada awal dagangan, indeks komposit lepasi 1,460 mata

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, melepasi paras 1,460 apabila pelabur yakin Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan bertindak kurang agresif dalam mengetatkan dasarnya susulan data inflasi negara maju itu yang lebih rendah berbanding jangkaan bagi Oktober, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras meningkat 13.67 mata kepada 1,463.41 daripada penutupan Khamis pada 1,449.74.

Indeks utama pasaaran itu dibuka 17.45 mata lebih baik kepada 1,467.19.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 357 berbanding 63, manakala 177 kaunter tidak berubah, 1,745 kaunter tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 281.68 juta unit bernilai RM114.07 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini