
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi seiring dengan saham serantau memandangkan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang dihentikan seketika telah meningkatkan sentimen global.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.63 peratus atau 9.14 mata kepada 1,448.91 daripada 1,439.77 sewaktu ditutup pada Khamis.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok 7.86 mata kepada 1,447.63 dan bergerak antara 1,444.79 dan 1,449.58 sepanjang sesi.
Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 492 kepada 301 manakala 397 kaunter tidak berubah, 1,161 tidak diniagakan dan 22 lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 1.94 bilion unit bernilai RM1.01 bilion.
Firme pembrokeran itu juga positif dengan sektor utiliti dari segi belian susulan berikutan urus niaga antara YTL Power International (YTLP) dan Ranhill Utilities baru-baru ini.
YTLP dilaporkan telah membeli 18.87 kepentingan dalam Ranhill Utilities, sekali gus muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Ranhill Utilities.
Kenaikan harga minyak iaitu minyak mentah Brent yang menokok 0.2 peratus kepada US$87.02 setong setakat ini mungkin menawarkan peluang perdagangan kepada sektor minyak dan gas, katanya.
Indeks FBM 70 meraih 48.39 mata kepada 14,101.45 dan Indeks FBM ACE meningkat 23.26 mata kepada 5,047.24.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.44 mata kepada 171.09 manakala Indeks Perladangan menokok 63.37 mata kepada 6,971.27 dan Indeks Tenaga naik 3.07 mata kepada 873.88.
Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 59.07 mata kepada 16,294.58.– BERNAMA