comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia tinggi semasa akhiri sesi dagangan pagi

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia mengekalkan prestasi positif sehingga tengah hari pada Isnin apabila minat belian terus bertebaran ke sektor utama khususnya saham perbankan dan teknologi.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 16.69 mata kepada 1,464.0 daripada 1,447.31 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks itu dibuka 3.63 mata lebih tinggi kepada 1,450.94 sebelum bergerak di antara 1,450.94 dengan 1,464.41 sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 459 berbanding 274, manakala 374 kaunter tidak berubah, 1,255 kaunter tidak diniagakan dan 66 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.79 bilion unit bernilai RM880.46 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd berdasarkan pasaran Amerika Syarikat yang memberangsangkan, pihaknya berpandangan pasaran serantau akan meningkat lebih tinggi hari ini dan begitu juga dengan bursa tempatan.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks berada dalam aliran berjulat 1,450 hingga 1,470 untuk baki tempoh hari ini dengan minat terhadap sektor bank dan teknologi,” jelasnya.

Ia juga berpendapat, saham perladangan mungkin menyaksikan beberapa pengambilan untung kerana minyak sawit mentah (MSM) susut di bawah RM4,000 satu tan. – BERNAMA

Loading...
Terkini