comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Reach rapatkan jurang antara pelabur, remisier

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd memperkenalkan platform pemprofilan pertama Malaysia yang menampilkan serta memudahkan hubungan yang lebih baik antara wakil peniaga dan pelabur, melangkaui saluran tradisional.

Bursa itu melalui satu kenyataan hari ini berkata, platform itu, dikenali sebagai Hab Pemerolehan Remisier Bursa (Bursa Reach), adalah tawaran baharu yang memberikan pelabur akses yang lebih besar kepada peluang pelaburan.

“Melalui platform ini, remisier yang dicalonkan serta wakil peniaga boleh mempamerkan kepakaran pelaburan mereka secara menarik, membolehkan mereka membina profil terperinci yang menonjolkan pengalaman, kelayakan dan strategi pelaburan masing-masing.

“Ketelusan ini membantu membina kepercayaan, selain menarik minat bakal pelabur yang lebih luas dan membolehkan bakal pelabur mencari kesesuaian berdasarkan keperluan pelaburan mereka,” tambahnya lagi.

Bagi pelabur, Bursa Reach membolehkan mereka untuk terus mendapat maklumat mengenai aktiviti pelaburan terkini wakil peniaga mereka, berhubung dengan wakil termasuk meneroka portfolio mereka, menapis idea pelaburan serta membuat keputusan pelaburan termaklum berdasarkan gaya pelaburan dan selera risiko mereka.

Platform ini adalah percuma dan terbuka kepada semua organisasi yang mengambil bahagian serta orang ramai yang melabur, ia kini mempunyai 31 wakil peniaga daripada empat organisasi yang mengambil bahagian seperti AmInvestment Bank Bhd, BIMB Securities Sdn Bhd, Malacca Securities Sdn Bhd dan Phillip Capital Sdn Bhd.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini