comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

CBP buka semula syer kepada orang ramai

Co-opbank Pertama (CBP).

KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) membuka semula untuk orang ramai yang ingin melanggan syer di institusi perbankan itu bermula dari 1 Januari 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar, berkata pembukaan semula syer adalah di semua cawangan CBP dan ia dilihat dapat membantu meningkatkan bilangan anggota serta modal syer anggota CBP bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Pembukaan semula syer ini terbuka kepada anggota baharu dan sedia ada dengan jumlah baki maksimum sehingga RM5 juta bagi individu dan bagi gerakan koperasi pula adalah sehingga 20 peratus daripada baki semasa modal syer CBP.

“Pembukaan semula syer ini juga dapat menggalakkan orang ramai supaya membuka dan meletakkan wang ke dalam akaun deposit CBP yang seterusnya akan meningkatkan baki deposit CBP,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, CBP menunjukkan prestasi yang cemerlang kebelakangan ini dan menawarkan kadar dividen yang kompetitif setanding dengan institusi perbankan yang lain.

“Untuk rekod, CBP mencatatkan keuntungan sebanyak RM86 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2021 dengan agihan dividen sebanyak 6.1 peratus.

“Melalui pembukaan semula syer ini, kami mengharapkan agar orang ramai dapat menjadi anggota CBP dan Insya-Allah, akan memberikan pulangan dividen yang baik kepada mereka,” katanya.

Loading...
Terkini