comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

CCC cadang RUU GEG perlukan kajian lebih mendalam

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Consumer Choice Center (CCC) memohon kerajaan supaya mempertimbangkan semula keputusan membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang merangkumi dasar penamat generasi perokok (GEG) dalam sesi Parlimen akan datang.

Ini kerana kajian lebih mendalam perlu dijalankan mengenai perkara ini yang melibatkan keutamaan pengguna.

Wakil Consumer Choice Center Malaysia, Tarmizi Anuwar berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan berhenti mengarah pengguna tentang apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.

“Semua pengguna mempunyai kepentingan asas dalam mempertahankan kebebasan peribadi dan sivik. Oleh itu, mereka harus diberi pilihan peribadi untuk memutuskan apa yang sesuai untuk mereka tanpa campur tangan yang berlebihan.”

“Selain itu, apa yang pengguna perlukan ialah peraturan pintar yang boleh melindungi mereka daripada menyekatnya kerana masalah seperti merokok dan vape adalah pelbagai rupa.

“Kerajaan wajar mendidik pengguna dengan maklumat yang benar dan tepat daripada menyebarkan mitos atau maklumat palsu mengenai topik seperti vape yang dikatakan lebih berbahaya daripada rokok,” katanya.

Beliau menjelaskan, banyak kajian saintifik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa telah membuat kesimpulan bahawa beralih sepenuhnya kepada vape memberikan manfaat kesihatan yang penting dan bukannya terus merokok.

Katanya, pada September 2022, penyelidikan terkini daripada Institut Psikiatri, Psikologi & Neurosains (IoPPN) di King’s College London mendapati bahawa penggunaan produk vape berbanding merokok membawa kepada pengurangan ketara dalam pendedahan kepada toksin yang menggalakkan kanser, penyakit paru-paru dan penyakit kardiovaskular.

Loading...
Terkini