comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

CIMB Sokong Pemulihan PKS Menerusi Pembiayaan RM30 Bilion

FOTO: NSTP

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd terus menyokong pemulihan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi dana pembiayaan RM30 bilion menjelang 2024.

Ini turut melibatkan kerjasama Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Komersial Kumpulan CIMB, Ahmad Shazli Kamarulzaman berkata, banyak PKS telah menempuh pelbagai cabaran beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya fikir ia adalah masa yang sesuai untuk semua pembiayaan ini disediakan untuk memberi mereka rangsangan untuk bertumbuh seiring dengan momentum pemulihan (ekonomi),” katanya semasa sesi sidang media majlis menandatangani kerjasama antara CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd dengan SJPP dan CGC.

Antara skim pembiayaan PKS adalah Program Pembiayaan CIMB-CGC untuk pembelian dan pembiayaan semula hartanah, membolehkan pelanggan menjana semula aset untuk modal pusingan sehingga 150 peratus daripada nilai hartanah.

Selain itu, Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) untuk menggalakkan kelestarian negara, RM100 juta telah dikomitedkan untuk mendorong perusahaan termasuk PKS agar menerapkan amalan karbon rendah dan kelestarian.

Pelanggan akan memanfaat pembiayaan tanpa cagaran sehingga RM10 juta  dengan tempoh bayaran balik mampu milik sehingga 10 tahun pada kadar faedah rendah sehingga 5 peratus setahun.

Manakala Skim Jaminan Kerajaan PEMULIH (PGGS) akan diuruskan oleh SJPP, menyediakan perlindungan jaminan sehingga 80 peratus untuk kemudahan pembiayaan bank sehingga RM20 juta. Jumlah peruntukan had skim ini adalah sehingga RM30 bilion.

Loading...
Terkini