comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Co-opbank Pertama umum dividen 3.6 peratus 

Oleh: Nurin Farhana Rishdy 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menerusi Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan kadar dividen untuk Akaun Deposit Koperasi, Kumpulan Wang Rizab Statutori (ADK-KWRS) kepada pendeposit (koperasi) sebanyak 3.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Pengagihan ini melibatkan jumlah dividen sebanyak RM9.7 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata jumlah pendeposit ADK-KWRS ini telah meningkat kepada 458 koperasi daripada 282 koperasi pada 2022, dengan peningkatan sebanyak 62 peratus.

Manakala, jumlah keseluruhan deposit meningkat sehingga 41 peratus.

Tambahnya, CBP telah menguruskan sebanyak 458 koperasi yang mendepositkan KWRS ke dalam Akaun Deposit Koperasi membabitkan jumlah terkumpul sebanyak RM267 juta berbanding RM190 juta pada 2022.

“Sehingga April 2024, jumlah deposit sudah melebihi RM277 juta, menunjukkan sektor koperasi terus kekal utuh walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu,” katanya kepada media selepas pengumuman dividen ADK-KWRS di sini, hari ini.

Khairil Anuar turut berkata, CPB mensasarkan peningkatan deposit yang lebih tinggi menjelang akhir tahun ini.

Jelasnya, CBP akan sentiasa bekerjasama dengan SKM bagi memperkenalkan ADK ini kepada koperasi-koperasi yang layak mendeposit di seluruh negara melalui sesi taklimat dan “roadshow”.

CBP adalah pendeposit kepada ADK- KWRS dan telah menyumbang kepada peningkatan jumlah deposit dan kadar agihan dividen secara keseluruhan pada 2023.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini