comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Columbia Pacific Management Group buka kediaman resort warga emas pertama di Klang

Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat kemudahan Pacific Senior Living @ Acacia – Foto: NSTP/Genes Gulitah

Oleh: Aderena Nelesa

KLANG: Columbia Pacific Management Group membuka kediaman warga emas pertamanya, iaitu Pacific Senior Living @ Acacia, di Bandar Diraja Klang, Selangor.

Kediaman itu menampilkan suasana seperti resort, kemudahan perubatan terkini dan perkhidmatan premium yang direka teliti untuk individu berumur 60 tahun ke atas.

Ketua Pegawai Eksekutif Pacific Senior Living, Carl Nicholas Isaac bekata, Acacia diperkenalkan melalui pengambil alihan bekas hotel Merrida yang bertaraf 4 bintang.

“Ini adalah kediaman warga emas pertama kami di Selangor, tetapi kami juga berharap dapat berkembang ke arah Timur dan juga Selatan pada masa akan datang”, katanya pada majlis perasmian pembukaan kediaman komuniti berkenaan yang
disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengulas lanjut, Isaac berkata, Malaysia menyediakan persekitaran pelaburan yang menggalakkan dan berpeluang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan mampu milik yang berkualiti tinggi.

“Dengan pembukaan residensi komuniti warga emas pertama kami di Malaysia, kami sedar banyak faktor yang berpengaruh masih tidak berubah seperti iklim pelaburan yang kukuh, peningkatan permintaan untuk perkhidmatan kediaman warga emas bertaraf antarabangsa yang berkualiti tinggi,” katanya.

Pihaknya juga menyasarkan untuk meningkatkan kadar huni di kediaman komuniti warga emas itu sehingga 20 peratus dalam tempoh setahun akan datang.

Loading...
Terkini