comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Cukai baharu, tarif, subsidi bersasar dan gaji progresif untuk 2024

Oleh: Afrina Romzi

PETALING JAYA: 2024 dilihat sebagai tahun dengan pelbagai perubahan dasar untuk reformasi sistem yang telah diguna pakai untuk sekian lama.

Selain beberapa pelaksanaan cukai baharu, terdapat juga dasar baharu negara yang bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat, di samping mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

JANUARI

Bermula 1 Januari, setiap pembelian barangan import dalam talian di bawah RM500 akan dikenakan cukai jualan terhadap Barang Bernilai Rendah (LVG) sebanyak 10%.

Sebagai contoh, pembelian barangan di kedai fizikal telah pun dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Bagaimanapun, produk import yang lebih kurang sama dijual dalam talian belum lagi dikenakan cukai sebelum ini.

Apabila barangan import ini dikenakan cukai, ia dapat memberikan kesaksamaan persaingan serta permintaan terhadap perniagaan tempatan.

Sehingga 30 Jun, 1.2 juta isi rumah dengan bil elektrik RM220 ke atas sebulan akan mengalami kenaikan antara 4.2% hingga 6% bil bulanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Ini bermakna, isi rumah yang terkesan akan membayar tambahan RM12 hingga RM32 setiap bulan bagi bil elektrik.

Bagaimanapun, sejumlah 85% pengguna domestik di semenanjung Malaysia tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik. Sehubungan itu, 99% pengguna domestik masih menerima subsidi daripada kerajaan.

FEBRUARI

[KEMAS KINI] Bermula 1 Februari, kerajaan akan melaksanakan projek rintis untuk menguji Sistem MySubsidi Diesel dan sistem ‘Fleet Card’ syarikat-syarikat minyak.

Setakat ini, ia akan melibatkan enam syarikat pengangkutan barangan terpilih untuk mengumpul maklum balas daripada pihak industri.

Ia bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem yang dijangka dilaksanakan pada suku kedua 2024.

MAC

Pada Mac, kenaikan SST dari 6% hingga 8% seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 akan berkuat kuasa dan dijangka memberi hasil tambahan sebanyak RM3 bilion kepada negara.

Peningkatan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

@buletintv3 Bermula Mac, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan naik daripada 6% hingga 8% seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024. Baca artikel penuh di pautan pada video. #beritaditiktok #buletintv3 #sst #cukai #cukaijualandanperkhidmatan ♬ original sound – BuletinTV3

APRIL

Pada April, Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka diwujudkan, membolehkan pencarum mengeluarkan simpanan secara fleksibel bagi tujuan kecemasan. Butiran lanjut mengenai Akaun 3 ini akan diumumkan KWSP pada Februari semasa pengumuman dividen.

[KEMAS KINI] KWSP dijangka mengumumkan inisiatif Akaun Fleksibel atau Akaun 3 pada April 2024, yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum.

MEI

Seterusnya pada Mei, Cukai Barang Bernilai Tinggi akan dikuat kuasa pada kadar 5% hingga 10%.

Setakat ini, maklumat terperinci mengenai cukai baharu ini belum diketahui. Namun, laporan media menyebut barangan kemas, jam tangan berjenama, kenderaan mewah pada kadar harga tertentu termasuk dalam kategori ini.

Bagi menggalakkan industri pelancongan, cukai baharu ini tidak akan melibatkan pelancong asing. Mereka masih boleh mendapat pulangan cukai di lapangan terbang.

JUN

Pada Jun, projek rintis bagi Dasar Gaji Progresif akan bermula, melibatkan 1,000 syarikat dengan pekerja bergaji antara RM1,500 sehingga RM4,999.

Syarikat yang mengambil bahagian akan menerima insentif daripada kerajaan untuk meningkatkan gaji penengah pekerja mereka.

Tangga gaji pekerja perlulah naik seiring dengan kos kehidupan harian, serta setimpal dengan kerja masing-masing.

Daripada segala pelaksanaan reformasi ini, rakyat mengharapkan hasil dapat dikongsi bersama secara holistik.

Kumpulan sasar yang dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka, mahupun golongan berpendapatan tinggi yang menyumbang kepada ekonomi negara.

Loading...
Terkini