comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Urus Niaga Tengah Hari

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan nada yang lebih positif dirangsang oleh kegiatan belian untuk saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh Petronas Chemicals, Press Metal Aluminium dan Public Bank yang terus menyokong indeks utama, kata seorang peniaga.

Keuntungan dalam ketiga-tiga kaunter itu menyumbang 4.73 mata kepada indeks barometer.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.09 mata kepada 1,426.64 berbanding 1,420.55 pada penutupan urus niaga Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.2 mata lebih tinggi pada 1,424.75.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 349 berbalas 293, manakala 391 kaunter tidak berubah, 1,314  tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.25 bilion unit bernilai RM708.32 juta.

Menurut Hong Leong Investment Bank aktiviti pengambilan untung mungkin mengehadkan keuntungan yang lebih kukuh menjelang pembentangan Bajet 2023 esok dan laporan pekerjaan Amerika Syarikat untuk bulan September.

“FBM KLCI pulih kembali untuk hari ketiga berturut-turut pada Rabu dan halangan sengit seterusnya ialah pada paras 1,436 hingga 1,454 manakala sokongan utama kekal pada paras antara 1,363, 1,380 dan 1,400,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini