comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Dagangan di Bursa Malaysia, bursa serantau lemah menjelang keputusan siling hutang AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia serta bursa serantau yang lain bergerak rendah pada sesi urus niaga tengah hari apabila mod pelepasan risiko meningkat di tengah-tengah ketidakpastian sama ada Kongres Amerika Syarikat akan menyelesaikan kemelut siling hutang negara itu hari ini.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.63 mata kepada 1,393.28 daripada 1,396.91 pada penutup semalam.

Pada pembukaan dagangan pagi ini, indeks barometer dibuka 1.79 mata lebih tinggi pada 1,395.12 dan kemudiannya berlegar antara 1,391.93 dan 1,398.38 pada sepanjang sesi dagangan pagi.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhannya lembap menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung 452 berbalas 295, manakala 343 kaunter tidak berubah, 1,158 tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung.

Jumlah dagangan RM1.61 bilion bernilai RM1 bilion.

Loading...
Terkini