comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Dasar cukai berkesan penting bagi majukan ekonomi negara

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR: Dasar cukai yang berkesan adalah penting untuk memupuk pertumbuhan dan kestabilan yang berterusan bagi memajukan ekonomi negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata hasil cukai adalah penting untuk menyokong perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur dan program sosial, yang merupakan asas kepada kemakmuran negara.

Katanya, cukai ialah cara utama untuk meningkatkan hasil yang diperlukan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan ke atas barangan dan perkhidmatan yang diperlukan rakyat.

“Membangunkan sistem cukai yang cekap dan adil amat mencabar bagi negara seperti negara kita yang sedang berintegrasi ke dalam ekonomi global.

“Sistem cukai yang ideal harus menjana hasil yang diperlukan tanpa kerajaan perlu meminjam secara berlebihan atau ia akan tidak menggalakkan aktiviti ekonomi.

“Ia juga harus sejajar dengan sistem cukai di negara lain untuk mengekalkan daya saing kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Dasar Percukaian Malaysia keempat 2024, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat Kehormat Institut Strategi Antarabangsa (ISI), Datuk Seri Dr Mohd Nizom Sairi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini