comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Drama Siling hutang AS selesai, tekanan ringgit & Bursa Malaysia sedikit reda

Foto hiasan

Oleh Suzila Idayu Yaacob 

KUALA LUMPUR: Perkembangan positif di Washington dimana RUU had siling Amerika Syarikat diluluskan senat, dilihat sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan ringgit dan pasaran saham di Malaysia.

Namun, tekanan itu tidak dapat dihapuskan sepenuhnya kerana terdapat faktor luaran lain yang memberi kesan kepada ringgit.

Menurut Ketua MIDF Research, Imran Yusof faktor keputusan rizab persekutuan samada akan terus menaikan kadar faedah memberi kesan lebih ketara kepada pergerakan ringgit.

“Isu siling hutang Amerika Syarikat bukan satu perkara baru kerana kita lihat isu ini timbul beberapa kali dan mereka akan muktamadkan pada saat akhir.

“Oleh itu, kami jangkakan pemberhentian kenaikan kadar pinjaman Amerika Syarikat akan mmberi impak yang lebih positif kepada ringgit dan pasaran saham Malaysia berbanding persejutuan siling hutang,” katanya kepada Buletin TV3.

Tambahan pula, bukan sahaja faktor luaran tetapi terdapat juga faktor domestik yang mempengaruhi prestasi ringgit dan bursa Malaysia.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Irwan Shah Zainal Abidin berkata apa yang lebih penting adalah usaha dan naratif yang lebih luas perlu dilaksanakan dalam memastikan ringgit kekal stabil.

“Apa yang penting ialah percaturan yang berbentuk politik ini telah beri tempias kepada matawang seperti Malaysia.

“Terdapat ketidaktentuan dalam pergerakan matawang kita, saham yang menyebabkan ringgit menurun tetapi ini melibatkan aspek sentimen dan apabila ia bersifat sentimen maka ia hanya bersifat sementara,” katanya.

Justeru, usaha perlu dilakukan termasuk mempertingkat pasaran buruh dan pelaburan, selain memastikan tekanan kos sara hidup mereda.

Loading...
Terkini