comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

DRB-HICOM catat untung RM210.8 juta pada suku pertama

KUALA LUMPUR: DRB-HICOM Bhd (DRB-HICOM) mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) berjumlah RM210.8 juta bagi suku pertama 2024, lebih tinggi berbanding RM200.8 juta dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu.

DRB-HICOM dalam satu kenyataan, berkata prestasi kewangan lebih baik itu disokong peningkatan pendapatan sebanyak 5.6 peratus kepada RM4.3 bilion pada suku dikaji, berbanding RM4.1 bilion pada suku pertama 2023.

“Pendapatan daripada sektor automotif kumpulan meningkat sebanyak 0.8 peratus kepada RM3.047 bilion disokong jumlah jualan yang lebih tinggi dicatatkan pada suku pertama 2024, daripada RM3.024 bilion pada suku sama tahun sebelumnya.

“Sektor aeroangkasa dan pertahanan turut mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 11.4 peratus kepada RM187.8 juta, terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam jualan bagi produk ‘single-aisle’ dan komponen pesawat.

“Sektor pos juga mencatatkan hasil yang lebih tinggi sebanyak 4.6 peratus kepada RM291.2 juta, disumbangkan terutamanya oleh perniagaan melnya,” katanya.

DRB-HICOM berkata, sektor perbankan mencapai peningkatan hasil sebanyak 34.6 peratus kepada RM510.4 juta, didorong oleh peningkatan pendapatan pembiayaan, disokong oleh peningkatan jumlah pembiayaan berikutan pertumbuhan yang mampan dan pangkalan pelanggan yang berkembang.

“Selain itu, kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) daripada 2.75 peratus kepada 3.00 peratus pada Mei 2023 menyumbang kepada prestasi kukuh sektor ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini