comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

ECA mencatat prestasi luar biasa, premium 282 peratus di Pasaran ACE

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: ECA Intergrated Solution Bhd (ECA) memulakan penampilan sulung di Pasaran ACE, Bursa Malaysia Securities Bhd dengan rentak positif, dibuka pada 65 sen.

Ia mencatat premium 282.4 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 17 sen.

Pada loceng pembukaan, kaunter syarikat penyedia perkhidmatan pembuatan automatik tu menyaksikan sejumlah 10.04 juta saham bertukar tangan.

Ketua Strategi Korporat dan Komunikasi ECA, Sean Phang berkata, sejumlah RM25.5 juta dana diraih dari IPO.

“Sekitar 80 peratus daripada jumlah itu akan diperuntukkan bagi modal kerja dan pembelian mesin. Manakala selebihnya untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian dan pembayaran balik pinjaman bank.” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu di sini, hari ini.

Tambah beliau, ECA berhasrat untuk menyertai Pasaran Karbon Sukarela (VCM) apabila dilancarkan Bursa Malaysia akhir tahun ini.

Ini selaras dengan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syarikat, sekaligus memperkukuh sektor mampan ECA seperti komponen kenderaan elektrik dan sistem solar.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi ECA, Chua Lye Hock berkata penyenaraian ini menandakan peristiwa penting dalam sejarah korporat syarikat dan berpuas hati dengan harga pembukaan yang kukuh.

“Saya percaya ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap perniagaan kami dan prospek masa depan,” katanya.

Pada sesi tengah hari, ECA didagangkan pada harga 71 sen.

KUALA LUMPUR: ECA Intergrated Solution Bhd (ECA) memulakan penampilan sulung di Pasaran ACE, Bursa Malaysia dengan rentak positif dibuka pada 65 sen. Ia mencatat premium 282 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 17 sen.

Pada loceng pembukaan, kaunter syarikat pembekal penyelesaian pembuatan automatik itu menyaksikan sejumlah lebih 10 juta saham bertukar tangan.

Sejumlah RM25.5 juta dana yang telah diraih dari IPO akan diperuntukkan untuk pemerolehan mesin, modal kerja, membiayai anggaran perbelanjaan penyenaraian dan pembayaran balik pinjaman bank.

Loading...
Terkini