comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ekonomi digital perlu jadi instrumen utama capai BRI, tingkat industri 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ekonomi digital perlu menjadi instrumen utama dalam mencapai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China serta merangsang aktiviti industri, kata seorang pakar.

Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Wei Chuan Beng berkata ekonomi digital penting bagi Malaysia serta negara jiran lain dalam usaha membaskini kemiskinan melalui idea perkampungan digital untuk meningkatkan penjagaan kesihatan, pendidikan dan e-dagang.

“Selain itu, ekonomi digital juga boleh menjadi platform bagi kerajaan untuk menjadi lebih efektif dan cekap,” katanya semasa rancangan bual bicara CTGN-Bernama Belt and Road Special Joint Programme.

Terdahulu pada April, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus bekerjasama dengan China mengukuhkan kerjasama sedia ada dalam BRI dan mengembangkan kerjasama ekonomi dalam bidang pertumbuhan baharu seperti pembangunan hijau dan ekonomi digital.

Semasa lawatan tiga hari ke China, Anwar berkata Malaysia akan bekerjasama rapat dengan negara anggota Asean lain untuk memastikan Kawasan Perdagangan Bebas Asean-China (ACFTA) memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Beliau berkata ACFTA bukan sahaja akan mengukuhkan perdagangan dan pelaburan di rantau ini tetapi juga meluaskan manfaat ekonomi dengan kemasukan sektor baharu, iaitu ekonomi digital, ekonomi hijau, persaingan dan perlindungan pengguna, serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Sementara itu, mengenai peluang pelaburan, Presiden Beijing Belt and Road Cooperative Community Han Ye berkata masih terdapat banyak bidang untuk diteroka oleh kedua-dua negara selain kenderaan elektrik dan kesalinghubungan internet.

“Mungkin bidang-bidang ini berada di pelbagai peringkat pembangunan, tetapi sudah tentunya orang ramai akan berusahan gigih untuk meneroka bidang ini seperti ekonomi biru yang mana kedua-dua negara boleh melakukan pindahan teknologi, meningkatkan penyediaan makanan laut untuk kedua-dua negara dan juga untuk meningkatkan kebajikan daripada mata pencarian.

Pada masa ini, Malaysia dan China terlibat dalam beberapa kerjasama, termasuk projek ECRL bernilai RM75 bilion, yang dijangka siap pada Disember 2026 dan sedia untuk beroperasi pada Januari 2027. – BERNAMA

Loading...
Terkini