Tumpuan :
Detik Niaga

Ekonomi Malaysia berkembang 5.3% suku ke-3, 2024, 5.2% bagi 9 bulan pertama

Datuk Seri Uzir mengumumkan prestasi suku-3, 2024 di Sasana Kijang.

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 5.3% bagi suku ketiga tahun ini.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri DMohd Uzir Mahidin, ia dipacu pertumbuhan kukuh aktiviti pelaburan, peningkatan dalam aktiviti eksport dan perkhidmatan.

Perbelanjaan isi rumah yang menyumbang 61.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), meningkat 4.8 peratus pada suku tahun ini.

“Prestasi ini disokong oleh penggunaan yang lebih tinggi dalam pengangkutan dan restoran dan hotel. Perjalanan ke luar negara meningkat pada suku tahun ini, menunjukkan permintaan yang tinggi dalam pelancongan disokong oleh peningkatan frekuensi penerbangan.” katanya.

Sementara itu, peningkatan pelancong masuk telah mengukuhkan permintaan merentasi pelbagai sektor.

“Faktor asas seperti pelaburan pusat data yang semakin berkembang, peningkatan ketara dalam pengimportan barangan modal dan aktiviti pelancongan yang menggalakkan telah memberi kesan positif terhadap pengembangan ekonomi.” katanya.

Inflasi bagi suku ke-3 tahun ini adalah 1.9%.

Bagi sembilan bulan pertama tahun 2024, ekonomi Malaysia meningkat sebanyak 5.2 peratus.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini