comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ekonomi negara mengukuh jika RMK12 dilaksana dengan berkesan

Foto hiasan

Oleh: Suzila Idayu Yaacob 

KUALA LUMPUR: Sekiranya pelan jangka panjang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dapat dilaksanakan seperti yang dirancang, ekonomi negara diyakini terus pulih, kata penganalisis.

Kajian semula itu juga menjadi bukti kerajaan cuba melakukan perubahan dalam memastikan ekonomi pulih akibat pandemik Covid-19 lalu.

Menurut pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, kerajaan sedang melakukan anjakan paradigma dengan mengambil kira situasi domestik dan global.

“Kerajaan merancang untuk mereformasikan struktur ekonomi iaitu kita melihat kepada dasar yang dibentangkan itu adalah untuk mengubah atau mentransformasikan struktur ekonomi kita daripada yang tradisional kepada yang lebih bersesuaian dengan keadaan ekonomi kita pada waktu ini,” katanya kepada Buletin TV3.

Sebagai contoh, katanya, dasar itu menekankan aspek digital, sektor bernilai tinggi dan ekonomi kewangan islam yang menepati keperluan negara di peringkat domestik serta global.

Perancangan untuk mengatasi isu kemiskinan dan anjakan dalam perkhidmatan serta tatakelola kerajaan juga akan membawa malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Ekuiti Serantau RHB Investment Bank Bhd, Alexander Chia Hock Lon berkata, RMK12 antara komitmen penting dalam memenentukkan hala tuju negara.

Ini kerana dasar itu mencerminkan keupayaan dan kesediaan kewangan kerajaan yang dilihat berupaya menarik minat pelabur dan memacu pertumbuhan pasaran.

Loading...
Terkini