comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Eksport sarung tangan tempatan ke AS dijangka meningkat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif ke atas sarung tangan getah yang diimport dari China ke Amerika Syarikat (AS) dijangka meningkatkan daya saing eksport produk keluaran Malaysia ke AS.

AS adalah pengimport terbesar sarung tangan di seluruh dunia, dianggarkan menyumbang sekurang-kurangnya 45 hingga 50 peratus daripada penggunaan sarung tangan global.

Penganalisis CIMB Securities, Walter Aw Lik Hsin, berkata walaupun tarif yang lebih tinggi dikenakan, firma penyelidikan itu melihat dari sudut positif kepada pengeluar tempatan kerana terdapat dua senario yang boleh mengimbangi kesannya kenaikan.

“Pertama, tempoh masa sebelum pelaksanaan tarif yang lebih tinggi yang mungkin menyaksikan pengilang China mempergiatkan usaha meningkatkan eksport.

“Kedua, mulai 2026, pengilang China mungkin perlu menurunkan purata harga jualan (ASP) di pasaran bukan AS untuk mengurangkan lebihan kapasiti, yang akan meningkatkan persaingan untuk pengeluar Malaysia dalam pasaran ini,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

ASP semasa bagi pengeluar sarung tangan Malaysia adalah sekurang-kurangnya 10 hingga 20 peratus lebih tinggi daripada pengeluar China, bersamaan dengan perbezaan AS$2 (RM9.44) hingga AS$3 (RM14.16) bagi setiap 1,000 keping.

Terdahulu, media melaporkan, Presiden AS, Joe Biden mengumumkan AS akan menaikkan tarif ke atas barangan tertentu yang diimport dari China antara 2024 dan 2026.

Barangan terbabit termasuk sarung tangan perubatan dan pembedahan yang akan menyaksikan tarif import dari China meningkat kepada 25 peratus pada 2026 berbanding 7.5 peratus ketika ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini