comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ekuinas labur RM37 juta daripada dana asas dalam syarikat jentera pertanian

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) melabur RM37 juta dalam Mizou Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat Malaysia yang mengkhusus dalam pembangunan jentera perindustrian untuk industri minyak sawit huluan.

Ini merupakan pelaburan kedua Ekuinas di bawah Dana Asas yang berjumlah RM100 juta, menyasarkan syarikat-syarikat bumiputera di pasaran pertengahan dengan pertumbuhan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas Datuk Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata Mizou menawarkan penyelesaian inovatif khusus untuk industri minyak sawit huluan, dengan potensi pengembangan ke sektor-sektor pertanian lain.

“Kami amat menghargai visi, keupayaan dan keazaman Mizou untuk meningkatkan produktiviti dalam rantaian nilai perladangan kelapa sawit huluan dan berbangga untuk bekerjasama dengan mereka dalam usaha ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Yasir menyatakan trend industri ke arah mekanisasi, didorong oleh peningkatan dalam permintaan daripada pemain-pemain tempatan dan serantau yang ingin meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran.

Beliau berkata kejayaan mengkomersialkan traktor-traktor Mizou dan sokongan daripada pemain perladangan utama menunjukkan daya maju produk dan menjanjikan prospek yang cerah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini