comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Elaun cukai pelaburan baharu galakkan PKS tingkatkan kapasiti di bawah NIMP 2030 – ACCA

KUALA LUMPUR: Elaun Cukai Pelaburan (ITA) yang baharu akan menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meningkatkan kapasiti dan pelaburan dalam aktiviti bernilai tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 setelah tempoh kelayakan elaun pelaburan semula mereka itu tamat.

Rakan Kongsi dan Ketua Cukai Tidak Langsung KPMG Ng Sue Lynn berkata walaupun garis panduan penuh mengenai perkara itu masih belum dikeluarkan, kadar yang layak akan ditentukan menggunakan pendekatan berasaskan hasil.

“PKS boleh memohon kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dari 1 Jan, 2024 hingga 31 Dis, 2028,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Ng berkata menjelang  pelaksanaan e-invois yang dijangkakan, yang belum diwartakan pada masa ini, PKS boleh menikmati potongan khas sebanyak RM50,000 untuk setahun taksiran (YA) dari YA 2024 hingga YA 2027 bagi menyokong pelaksanaannya.

Beberapa pelepasan sedia ada masih tersedia, walaupun dengan kelayakan yang diperketatkan, katanya dalam kenyataan.

Ini termasuk rebat cukai permulaan, kadar cukai pendapatan konsesi dan elaun modal khas.

Ng, Felow Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) turut menekankan bahawa pinjaman mikro kredit di bawah RM50,000 dikecualikan daripada duti setem.

“Lebih-lebih lagi bagi skim geran pendigitalan yang merupakan kerjasama baru-baru ini di antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Ia menawarkan geran padanan sebanyak 50 peratus, dihadkan kepada RM5,000 bagi setiap entiti, untuk membantu PKS dalam pendigitalan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini